13 Jun 2011

Karangan PMR Penulisan

Kesilapan Calon
1. Memilih soalan
- Tanggapan bahawa soalan yang mempunyai aras yang tinggi lebih mudah mendapat markah.
- Ego, tidak mahu memilih soalan yang senang.
2. Kesilapan penggunaan penanda wacana
Contoh.

Selain dari itu, X - Selain itu, _/
Selain daripada itu, X - Selain itu, _/
Oleh demikian, X - Oleh yang demikian, _/
Justeru itu, X - Justeru _/
Walaubagaimanapun, X – Walau bagaimanapun _/
Oleh kerana itu, X - Oleh sebab itu _/


3. Kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah

Ialah

Frasa Nama + Frasa Nama

Adalah

Frasa Nama + Frasa Sendi
Frasa Nama + Frasa Sifat

• Frasa kerja tidak perlu didahului dengan
kata pemeri.
• Kata pemeri tidak boleh memulakan ayat.
4.Kesalahan menggunakan contoh ( rekaan atau
tidak tepat ).
• Kami singgah sebentar di Pasar Besar Siti Khadijah sebelum meneruskan perjalanan ke Menara Berkembar Petronas.
• Warga Indonesia yang datang ke Malaysia tanpa ‘ Roadtax’ dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
4. Cerita yang tidak logik.

Aku sempat berkenalan dengan mangsa yang cedera parah itu.Sebelum pulang aku sekali lagi melihat nombor telefon wanita berkenaan.
5. Kesalahan ejaan terutamanya tarikh.

- May sepatutnya Mei
- July sepatutnya Julai

6. Nombor satu hingga sembilan tidak ditulis
dalam bentuk perkataan.
7.Penggunaan frasa indah/menarik yang tidak tepat.

- peribahasa yang tidak kena dengan huraian
- perkataan yang tidak tepat
-
7. Kesalahan penggunaan antara dan di antara.
8. Penggunaan kata hubung sebagai pemula ayat.Kata hubung boleh berada di pangkal ayat jika berada dalam ayat pasif.
9. Penggunaan di dalam /di atas/ dalam dan atas.

1 ulasan:

  1. Tahniah cikgu dengan kelahiran blog ini, semoga menjadi alternatif kepada pelajar SMKC.

    BalasPadam