13 Jun 2011

Karangan PMR Penulisan

Kesilapan Calon
1. Memilih soalan
- Tanggapan bahawa soalan yang mempunyai aras yang tinggi lebih mudah mendapat markah.
- Ego, tidak mahu memilih soalan yang senang.
2. Kesilapan penggunaan penanda wacana
Contoh.

Selain dari itu, X - Selain itu, _/
Selain daripada itu, X - Selain itu, _/
Oleh demikian, X - Oleh yang demikian, _/
Justeru itu, X - Justeru _/
Walaubagaimanapun, X – Walau bagaimanapun _/
Oleh kerana itu, X - Oleh sebab itu _/


3. Kesilapan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah

Ialah

Frasa Nama + Frasa Nama

Adalah

Frasa Nama + Frasa Sendi
Frasa Nama + Frasa Sifat

• Frasa kerja tidak perlu didahului dengan
kata pemeri.
• Kata pemeri tidak boleh memulakan ayat.
4.Kesalahan menggunakan contoh ( rekaan atau
tidak tepat ).
• Kami singgah sebentar di Pasar Besar Siti Khadijah sebelum meneruskan perjalanan ke Menara Berkembar Petronas.
• Warga Indonesia yang datang ke Malaysia tanpa ‘ Roadtax’ dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
4. Cerita yang tidak logik.

Aku sempat berkenalan dengan mangsa yang cedera parah itu.Sebelum pulang aku sekali lagi melihat nombor telefon wanita berkenaan.
5. Kesalahan ejaan terutamanya tarikh.

- May sepatutnya Mei
- July sepatutnya Julai

6. Nombor satu hingga sembilan tidak ditulis
dalam bentuk perkataan.
7.Penggunaan frasa indah/menarik yang tidak tepat.

- peribahasa yang tidak kena dengan huraian
- perkataan yang tidak tepat
-
7. Kesalahan penggunaan antara dan di antara.
8. Penggunaan kata hubung sebagai pemula ayat.Kata hubung boleh berada di pangkal ayat jika berada dalam ayat pasif.
9. Penggunaan di dalam /di atas/ dalam dan atas.

9 Jun 2011

Hari ini

Hari ini merupakan hari yang aku terpaksa menggerakkan  kuda hitamku untuk menyiapkan tugasan  penting di sekolah.Biasanya jika bukan pada cuti penggal persekolahan , aku akan bertolak dari rumah sesudah solat Subuh.Jalan yang lengang dan tenang tanpa ada kenderaan lain yang bersimpang siur.Aku sampai di sekolah lebih kurang 45 hingga 50 minit sebelum loceng pertama berbunyi.Tidak tergesa-gesa, relaks dan tentunya tiada stres untuk memulakan kerja( hanya ketika itu).Hari ini pukul 7:55 aku memulakan perjalanan, kereta begitu banyak dengan pemanduan yang boleh dikatakan cukup menakutkan , laju dan tergesa-gesa.Kita yang begitu santai sekali memandu menjadi mangsa jelingan  marah, kononnya melambatkan perjalanan tetapi jelas papan tanda besar di tepi jalan 60 kilometer sejam , awas kawasan kampung, sekolah dan sebagainya.Mungkin mengejar masa .Tepat pukul lapan aku berada di stesen minyak, berlapis-lapis manusia dengan kuda masing-masing, ada yang beruniform,berbaju batik, bertali leher dan jelas majoriti mereka ialah pekerja jabatan kerajaan yang sepatutnya waktu itu mereka sudah berada di tempat kerja.Aku teringat pesanan seorang guru tua semasa menjalani praktikum kedua di Hulu Terengganu.Katanya kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal.Tetapi adakah kita tahu setiap rezeki yang kita dapat itu 100% halal.Katanya lagi, kadang-kadang kita terlewat masuk kelas, 2 minit ,3 minit, 4 minit dan mungkin lebih 5 minit kerana faktor kita yang selalu berlengah-lengah(berborak-borak , tidak mementingkan masa) masa yang kita lewat itu sebenarnya dibayar untuk kita bertugas.Cuba kita hitungkan masa yang kita tidak gunakan untuk melaksanakan tanggungjawab itu bermula kali pertama kita bekerja sehingga kita bersara , berapa lama.Yang pasti bayaran yang kita terima untuk waktu itu halal atau tidak.Duit yang tidak halal itu kita gunakan untuk anak dan isteri kita, lagi malang jika wang itu kita suapkan ke mulut mereka setiap hari.Ingat setiap hari satu titik hitam akan menguasai hati dan cuba bayangkan sehingga mereka besar .Bagaimana rupa titik hitam itu dan yang pasti , titik hitam itu sudah pasti menguasai tingkah laku mereka .Fikirkanlah.....zack2011

3 Jun 2011

Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Pinjaman ( Yunani,Latin dan Inggeris)
 
~Umumnya imbuhan pinjaman jenis ini hanya bersifat awalan.Biasanya pembentukan kata yang digunakan hanya bersifat istilah.Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar, memisahkan imbuhan dengan kata dasar .
Contoh , anti penjajahan  X    antipenjajahan _/
Contoh imbuhan pinjaman ( Yunani ,Latin  dan Inggeris)
Pro ( tanda bersetuju)
Anti( berlawanan dengan pro)
Poli ( pengertian banyak)
Auto ( secara bersendirian)
Sub ( sebahagian daripada)
Supra ( melebihi ,mengatasi)

Cara Penulisan Imbuhan Pinjaman.
~ proislam     ~ pro-Israel    ~antiislam  ~ anti-Israel   -heksagon 
~ homoseks     ~ kilometer       ~ hiperbola  ~ neolitik    ~oksigen
~ fotosintesis     ~ parabola      ~ hidroelektrik    ~ intrajabatan
~inframerah       ~multinasional    ~neurotransmiter    ~ paleolitik
~milimeter         ~petrosains          ~ super……………..